" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ." "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia." Aminnn Ya Rabb..

Home Dashbord Kenapa Pilih Shaklee??? Vitamin Shaklee Set Shaklee Harga T &C : Pembelian Produk Become Member Contact Us


Monday, 2 July 2012

Risiko Yang Mungkin Dihadapi Oleh Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:




Strech Marks Selepas Bersalin


Milk Booster? Apa Itu Set 3M??

Assalamualaikum..saya sangat tertarik dan ingin kongsikan dengan anda semua berkenaan satu testimonial set penyusuan yang telah diambil dari group tertutup FB yang dikhaskan untuk pelanggan-pelanggan Shaklee Euphoria baru-baru ini.
Lazimnya, para pelanggan yang akan berkongsi testimonial mereka adalah terdiri daripada kaum hawa. Namun seingat saya, ini adalah kali pertama testimonial set penyusuan yang diberikan datangnya daripada seorang bapa dan suami (rujuk testimonial di bawah).


Perkara ini sangat menggembirakan saya kerana secara tidak langsung membukti bahawa makin hari tahap kesedaran berhubung penyusuan susu ibu ini telah meningkat dan berkembang, Alhamdulillah. Sebenarnya perjalanan penyusuan akan menjadi lebih mudah dan bermakna andai si isteri mendapat sokongan padu dan kata-kata perangsang daripada si suami.

Berbalik kepada testimonial yang dimaksudkan, menurut si suami ini tadi, anaknya mempunyai masalah nipple confusion berikutan anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam NICU selepas kelahiran dan pihak hospital telah memberikan bayinya susu formula melalui botol.
Walaubagaimanapun, memandangkan anaknya alah pada susu formula, beliau tiada pilihan lain kecuali berusaha agar isterinya dapat terus memberikan susu ibu bagi memenuhi keperluan anaknya. Dalam pada itu, masalah mula timbul apabila bekalan susu isterinya mula merundum dan menjadi cair walaupun telah menjaga jadual pengepaman setiap 3 jam sekali.
Boleh jadi juga si isteri keletihan kerana terpaksa bangun di tengah malam bagi mengepam susu menyebabkan penghasilan susunya terganggu. Oleh itu, atas dasar usaha dan ikhtiar beserta azam yang kuat untuk memastikan si anak kecil tadi dapat menikmati susu ibu sehingga umur 2 tahun, isteri beliau telah mencuba set penyusuan Set 3M yang terdiri daripada:
  • Vitalea
  • B complex
  • Vitamin c
  • Ostematrix
  • Alfalfa
  • ESP
Ternyata hasil yang diperolehi sangat mengujakan. Susu isterinya kini menjadi lebih banyak dan pekat selepas mengamalkan Set 3M ini. Dan kini di kala anaknya memasuki usia 10 bulan + anaknya masih lagi mampu untuk menikmati susu ibu sepenuhnya.
Dan yang paling disukai pengguna ini, katanya ekonomi juga jimat kerana tidak terbeban dalam membeli susu formula di samping anaknya mendapat susu terbaik yang tidak dapat di beli di mana-mana. Sangat beruntung si isteri tersebut mendapat seorang suami yang sangat prihatin terhadap keperluan anaknya. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan lagi kesedaran di kalangan lebih ramai suami tentang kebaikan susu ibu.

Alhamdulillah......ramai ibu yag sesuai da berpuas hati dengan set penyusuan PPULAR Europhia iaitu SET 3M ni (^^,)

Saya kongsikan beberapa testimoni lain untuk anda...





Sunday, 1 July 2012

Set penyusuan: Lebih dari setakat "milk booster"

Menjayakan misi penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu mudah. Namun begitu, ianya juga bukan sesuatu yang mustahil untuk dikecapi. Berbekalkan ilmu yang lengkap di dada dan tekad serta azam yang kuat, Insya-Allah kejayaan pasti akan menjadi milik kita akhirnya.

Dalam pada itu, bagi memastikan perjalanan penyusuan kita menjadi lancar dengan dugaan dan permasalahan yang paling minima, para-para ibu haruslah memastikan tahap kesihatan masing-masing berada pada tahap yang terbaik.