Menjayakan misi penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu mudah. Namun begitu, ianya juga bukan sesuatu yang mustahil untuk dikecapi. Berbekalkan ilmu yang lengkap di dada dan tekad serta azam yang kuat, Insya-Allah kejayaan pasti akan menjadi milik kita akhirnya.
Dalam pada itu, bagi memastikan perjalanan penyusuan kita menjadi lancar dengan dugaan dan permasalahan yang paling minima, para-para ibu haruslah memastikan tahap kesihatan masing-masing berada pada tahap yang terbaik.
Ini adalah kerana, tanggungjawab seorang ibu tidak terhad kepada membekalkan susu ibu semata-mata sebaliknya turut merangkumi aspek lain seperti menjaga, mendidik, menyayangi dan banyak lagi. Sekiranya ibu-ibu di luar sana sering jatuh sakit, tentu sekali tanggungjawab-tanggungjawab ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Justeru, para-para ibu yang menyusu amat disarankan untuk mengambil makanan tambahan atau suplemen yang bersesuaian bagi memastikan kita kekal sihat dan cergas.
Istimewanya set penyusuan Shaklee ini adalah kerana manfaatnya tidak terhad kepada meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu semata-mata sebaliknya banyak lagi faedah-faedah lain yang dapat diperolehi sekiranya si ibu tadi mengamalkan konsep penyusuan dan cara pemakanan yang betul.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jom kita berkenalan dengan suplemen yang terdapat di dalam set penyusuan ini:
B-complex
B complex terkenal sebagai pembekal tenaga. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak kecil, nikmat tidur yang sempurna jarang-jarang sekali dapat dikecapi kerana perlu kerap bangun di tengah malam bagi menyusukan anak. Selain itu, bagi yang mempunyai lebih dari seorang anak, tentu sekali memerlukan tenaga tambahan untuk menguruskan keperluan anak-anak lain serta hal-hal rumahtangga. Kelebihan lain B complex adalah dalam menjadi agen stress buster yang baik. Tahukah anda bahawa stress boleh mengganggu penghasilan susu ibu? Pengambilan B complex yang konsisten juga membantu menjadikan kulit cantik berseri, seiring dengan keinginan setiap wanita.
Vitamin C
Vitamin C sangat diperlukan bagi meningkatkan tahap imuniti badan terutama sekali bagi mengelakkan jangkitan selsema. Apabila tahap imuniti si ibu yang berada pada tahap yang optimum dan ibu kekal sihat maka badan kita akan dapat menghasilkan susu ibu dengan lebih lancar. Selain itu, pengambilan Vitamin C juga turut membantu mencantikkan kulit kerana ianya adalah komponen kolagen yang terkenal bagi mengekalkan keanjalan kulit. Tidak sama seperti vitamin C lain yang berada di pasaran, Vitamin C Shaklee merupakan "sustained release" di mana nutrisinya akan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Ini adalah bagi memastikan bekalan nutrisi ini sentiasa berada pada sukatan yang bersesuain mengikut keperluan badan.
Vitalea with Iron
Vitalea with Iron
Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan badan seseorang dewasa. Pengambilan Vitalea menyokong kesihatan badan para ibu yang menyusu dan mengisi kekurangan nutrisi yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan seimbang semata-mata.
Alfalfa
Alfalfa yang turut menerima jolokan nama "raja kepada segala jenis tumbuhan" mengandungi pelbagai kebaikan dan khasiat yang diperlukan ibu menyusu. Selain menjadi milk booster yang baik, alfalfa turut bertindak sebagai agen detox yang baik, sesuai dengan para ibu yang berhasrat untuk menurunkan berat badan. Alfalfa juga mampu menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti keputihan, kegatalan dan ketidakselesaan pada bahagian sulit wanita, bertindak sebagai kacip fatimah, agen pelawas dan mampu mengurangkan reaksi alergi dan
alahan.
Kalsium (Ostematrix)
alahan.
Kalsium (Ostematrix)
Bagi para ibu menyusu yang tidak dapat mengambil alfalfa (seperti contoh pengidap SLE), kalsium Shaklee atau lebih dikenali dengan nama Ostematrix yang mengandungi Magnesium dan Vit D turut bertindak sebagai salah satu agen milk booster. Antara kelebihan Ostematrix yang lain termasuk membuat para ibu bertenaga keesokkan harinya jika diamalkan sebelum tidur, melegakan sakit belakang dan pinggang serta membantu meningkatkan penghasilan susu ibu ketika didatangi period.
Energy Soy Protein (ESP)
ESP merupakan sumber protein yang unggul yang sangat diperlukan ibu menyusu bagi membantu mempercepatkan penghasilan susu. Selain itu, ESP juga mampu mencantikkan kulit dengan menjadikannya lembut dan gebu selain menganjalkan payudara. Ini adalah kerana, protein berfungsi untuk pembentukan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah mati. Juga sangat sesuai bagi para ibu yang memerlukan tenaga tambahan untuk menguruskan anak-anak, rumahtangga dan kerjaya.
Yang di atas adalah kata-kata saya. Namun apa pula kata pengguna?



Kesimpulannya, bukankah set ini satu bonus? Selain membantu dalam menjayakan penyusuan, badan turut menjadi lebih sihat dan semakin bertenaga, anak kekal ceria dan membesar dengan sempurna di samping kecantikan turut terserlah sama.
credit just being mery
No comments:
Post a Comment