" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ." "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia." Aminnn Ya Rabb..

Home Dashbord Kenapa Pilih Shaklee??? Vitamin Shaklee Set Shaklee Harga T &C : Pembelian Produk Become Member Contact Us


Friday, 7 June 2013

Anak kurang selera makan atau cerewet makan? Jom cuba tips ni!





Ibu bapa mana yang tidak risau kalau anak kurang selera makan?
Kalau disebabkan demam atau tidak sihat mungkin tak mengapa..sebab lepas dah sihat ok lah kan..tapi yang merisaukan kalau sepanjang masa jer kurang selera makan. Nak bagi makan nasi pun siap kena kejar..jenuh gak kan? Kalau nak buka mulut bagus juga..tapi kalau langsung taknak buka mulut. Itu yang susah. Selera makan anak sekarang mungkin bila tengok jajan..hehe..yang tu tak payah kejar pun takpe..pandai lak dia mintak sendiri..tapi kita sebagai ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sudah tentu kita taknak anak kurus kering sebab tak makan..lambat laun boleh jatuh sakit. Silap hari bulan..anak yang kurang selera makan..tapi kita juga yang kena tempiasnya.


Memang mencabar bagi kita jika berhadapan dengan anak yang cerewet makan atau ‘fussy eater‘ ni. Apa nak buat kalau kita terpaksa juga berdepan dengan anak yang kurang selera makan? Takkan nak biarkan jer anak kelaparan?

Kenapa Anak Anda Cerewet Makan???

Saya pernah terbaca artikel mengenai anak yang cerewet makan ni dari babycenter.com. Salah satu cara untuk mengatasi masalah anak kurang selera makan atau cerewet ialah dengan mengenali sifat makan anak kita. Cuba perhatikan adakah anak kita tergolong dalam salah satu atau mana-mana dari kategori di bawah ni?
  1. Tak suka makan sayur
  2. Suka makan fast food. Contohnya nugget, kentang goreng, burger dan sebagainya.
  3. Tak suka makan buah-buahan
  4. Sukakan makanan berkarbohidrat. Contohnya nasi, mee, pasta, kentang dan sebagainya.
  5. Sensitif dengan warna makanan. Contohnya tak suka yang ada warna hijau…atau hanya sukakan warna oren sahaja.
  6. Tak suka campur makanan. Contohnya, ikan, daging, nasi tak boleh duk dalam satu pinggan ..hehehe..
  7. Suka makan makanan yang sama je pagi petang siang malam
  8. Sangat sensitif dengan rupa makanan ataupun tekstur makanan. Contohnya pisang goreng berminyak! Cheese meleleh2..dia geli nak makan ;p
Bila dah kenal pasti anak kita berada dalam kategori mana, jadi lebih mudahlah kita nak cari penyelesaian. Bila nak bagi anak-anak naik selera makan ni, memang kena guna kaedah cuba jaya!Heheheh.. Anak saya, Arfan memang jenis yang sangat cerewet makan.  Kalau nak makan goreng pisang atau cekodok pisang, punya lah dia taknak makan..rupanya bila kita selidik..dia suka sangat makan tapi taknak pegang..hahah..sabor jelah..berminyak katanya. Macam-macamlah anakku ni. Kalau datang mood dia nak lauk duk asing-asing..memang takleh campur langsung..nak letak kuah pun tak boleh..nanti merajuk taknak makan. Sayur, ikan, nasi..semua takleh campur..jadi dia akan makan ikut mood dia dulu..nasi dulu ke..ikan dulu ke..hehe..nanti sampai masa dia taknak makan..memang tak habis pun. Itu nasib baik kalau mood dia nak makan ada…tapi kalau waktu taknak makan tu..rela dia minum susu je sepanjang hari. Siap pujuklah..buat bunyi kapal terbang suh buka mulut luas2 lah..macam2..dan saya lak ibu yang xde masa nak hias2 bagai makanan macam dalam majalah tu nak tarik minat anak untuk makan..hahhaha..

Jadi, sebab risaukan perkembangan dia..lagipun tengok anak kurus kering je kan..mana tak risau..jadi saya berikannya Mealshakes. Mudah je nak bagi minum sebab saya just bancuh 1 sudu kecil dalam susu dia. Dan..Alhamdulillah sekarang ni selera makan dia makin naik. Kalau dulu tak suka makan nasi..tapi skang memang dia cakap lapar dan nak makan nasi. Kadang pening gak..tengah2 malam mintak nasi..hehe..tapi saya suka sebab at least takyah risau dah dia taknak makan. Kalau dulu merajuk taknak makan kalau tak kena gaya..tapi sekarang nak merajuk..terus saya ugut..kalau taknak makan..nanti makanan dah habis..mama taknak masak dah..dalam merajuk tu jugak datang kat kita untuk disuap..sebab dia tau kalau tak makan nanti dia yang lapar..hehe..yang ni korang jangan tiru yer ;p Suka sangat bila tengok dia berselera je makan. Dan dia pun jarang sangat kena selsema, kalau kena pun cepat baik. Hari tu kulit kena kudis tapi lepas dah baik, parut tu cepat je hilang. Sangat berbezalah banding biasa. Memang skang ni stok mealshakes tak pernah putus sebab bukan Arfan je yang minum tapi mama dia gak..hehe..sedap wooo..perasa vanilla.

Untuk mengatasi masalah kurang selera makan anak saya, MEALSHAKES adalah pilihan terbaik!




Meal Shakes adalah hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga. Memang best bau dia semerbak! Wangi..bau Vanilla..Boleh minum macam gitu je atau pun campur dalam minuman yang kita suka..nak campur susu ker, campur oreo..haa…shake2..dah jadi Oreo milkshake ;)  
Apa yang bagusnya Meal Shakes ni adalah sumber protein yang lengkap dengan vitamin mineral tambahan yang penting untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Bagi yang tak boleh telan tablet seperti vitalea, anda boleh minum Meal Shakes sebagai alternatif. Lysine, zat besi, vitamin B sangat berkait rapat dengan selera makan seseorang…dan kesemuanya ada dalam mealshakes! 
Tabiat pemakanan anak-anak yang kurang baik akan merendahkan IQ mereka dan mengundang pelbagai jenis penyakit. Pastinya kita taknak benda ini berlaku pada anak kita. Mealshakes adalah pilihan vitamin untuk anak saya yang susah nak makan. Anda pula bagaimana?
Jom kita lihat apa kata ibu-ibu yang dah cuba mealshakes untuk anak masing2.











ummishaklee.blogspot [Nurul]
 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 886496]
013-3254468|amsyarmarsya@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.**

No comments:

Post a Comment