Assalamualaikum..saya rasa rata-rata daripada customers saya khususnya ibu-ibu menyusu dah faham sangat bahawa apabila membuat pesanan supplement Shaklee daripada saya, antara pesanan utama saya kepada mereka adalah untuk memastikan pengambilan air kosong hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sebanyak 3 liter sehari.
![]() |
Minum air baik untuk kesihatan |
Bila saya sebut saja 3 liter, rata-rata mengeluh dan memberi komen susah
untuk menghabiskan air sebanyak itu dalam tempoh sehari. Nanti bila
minum air banyak-banyak, maka perlu kerap ke tandas pula dan sebagainya.
Nasihat saya. jangan jadikan ianya alasan jika kita benar-benar ingin
kekal sihat dan bagi ibu-ibu menyusu, jika anda dambakan penghasilan
susu yang meriah kerana pakar perubatan sendiri mengakui pengambilan air
kosong adalah sangat penting kepada kesihatan tubuh badan kita.
Tips minum air sebanyak 3 liter sehari
1. Minum air pada kadar yang sedikit tetapi kerap
2. Jangan gelojoh ketika minum sebaliknya minumlah seteguk demi seteguk
secara perlahan-lahan. Ini akan mengelakkan kita merasa kembung
berbanding jika kita minum dengan banyak sekali gus.
3. Amalkan untuk meletakkan bekas air di seluruh pelusuk rumah. Jadi
apabila anda melalui bahagian rumah tersebut contoh ruang tamu, anda
boleh berhenti seketika untuk minum air tersebut tanpa perlu ke dapur
4. Letakkan satu bekas air di sebelah katil anda bagi memudahkan anda
untuk minum jika terjaga di tengah malam atau ketika bangun untuk
mengepam
5. Bagi ibu menyusu, amalkan untuk minum segelas air suam sebelum dan selepas mengepam bagi mengelakkan dehidrasi
6. Amalkan juga untuk meminum air selepas selesai ke tandas
7. Bagi memastikan pengambilan air dalam sehari adalah mencukupi, ukur
amaun air yang telah diambil. Cara mudah adalah dengan menggunakan botol
air mineral 500ml sebagai sukatan
8. Letakkan sasaran sebagai contoh jika anda bekerja, usaha untuk
habiskan 1 liter air di antara waktu mula bekerja sehingga tengahari dan
1 liter lagi di antara selepas rehat tengahari sehingga ke petang. Anda
boleh bahagikan pengambilan air iaitu anda iaitu minum 250ml bagi
setiap jam. Dalam tempoh masa 4 jam dari 8.00 pagi sehingga 12
tengahari, anda sudah berjaya menghabiskan 1 liter air.
Mudah bukan? Sebenarnya tiada alasan jika anda mahu. Adalah diharapkan
tips-tips di atas dapat membantu anda menjayakan pengambilan air
sebanyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari seperti yang selalu saya
sarankan. Semoga melalui pengambilan air yang betul ini, anda akan
menjadi lebih sihat dan swet muda. Selamat mencuba! ^_^
No comments:
Post a Comment