" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ." "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia." Aminnn Ya Rabb..

Home Dashbord Kenapa Pilih Shaklee??? Vitamin Shaklee Set Shaklee Harga T &C : Pembelian Produk Become Member Contact Us


Monday, 11 June 2012

Jadual Pemakanan Vitamin

Kesesuaian Masih Bergantung Kepada Setiap Individu


Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.


Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa

In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)


Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa  boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.



* Article Credit To : ShakleeTrialPack

No comments:

Post a Comment