Alhamdulillah... saya sudah berjaya menyusukan Khalis selama 2 tahun secara lengkap. Akhirnya salah satu impian saya berjaya juga. Berjalan dengan lancar dan Khalis sekarang walaupun sudah 2 tahun 6 bulan masih lagi menyusu susu ibu (Extending Breastfeeding).
Perjalanan penyusuan saya menjadi lebih menarik dan meriah apa bila saya mengenali Shaklee. Saya mendapat tahu tentang makanan tambahan untuk menyusu ini daripada Alin (Momma Mia) yang membawa perkenalan lanjut dengan Mama Faiz ( Kak Sherry) .
Jujur saya cakap, susu saya jarang merudum sebelum saya mengambil set Shaklee ini. Tapi, dari segi pemakanan pula saya tidak dapat jamin yang saya mengambil cukup nutrien. Jadi bila membaca tentang kebaikan set penyusuan Shaklee ini. Saya mahukan yang terbaik untuk Khalis.
Terutama apabila saya terbaca tentang testimonial di blog Kak Sherry tentang seorang ibu (ummi) yang menceritakan tentang kepenting vitamin/makanan tambahan untuk perjalan penyusuan susu ibu. Testimonial ini, luahan hati daripada beliau. Saya dapat rasa perasaan dia apabila membacanya. Ibu mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk cahaya mata mereka kan. Dan saya tidak terkecuali, kerana itulah saya memilih untuk berhenti kerja selepas bersalinkan Khalis kerana mahu menyusukan Khalis secara eksklusif dan selepas 6 bulan saya mempunyai matlamat untuk menyusukan Khalis sehingga umur dia 2 tahun. Alhamdulillah... Syukur...syukur... tiada apa yang saya dapat ucapkan. Genap umur Khalis 2 tahun, saya cium dia... peluk dia... Cakap pada dia.. saya gembira dapat susukan dia sehingga 2 tahun. Mengalir air mata gembira saya. :)
Disini saya kongsikan testimonial yang betul-betul meyakinkan saya untuk mengambil vitamin shaklee.
Saya sediakan info tentang set penyusuan untuk ibu-ibu menyusu yang berminat untuk meningkatkan kualiti susu untuk anak yang disayangi. Ia boleh didapati mengikut budget anda. Tapi apapun, bagi saya Set penyusuan susu ibu ini ibarat Alah Membeli Menang Memakai. Anak adalah pelaburan kita di dunia dan di akhirat. Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk merekakan.
Sebelum itu, 2 kunci utama yang anda perlu ingat ialah :
(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster.
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.
(2) Konsep "demand vs supply" dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah "pembantu" kepada proses "demand vs supply" ini.





Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.
Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.
Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Ostematrix seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.
"Pengambilan makanan tambahan juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih." ~ibu addin nasa
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.
Buat renungan bersama...
” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.
Credit : whiteymommy,anakuwiraku dan mamafaiz
Perjalanan penyusuan saya menjadi lebih menarik dan meriah apa bila saya mengenali Shaklee. Saya mendapat tahu tentang makanan tambahan untuk menyusu ini daripada Alin (Momma Mia) yang membawa perkenalan lanjut dengan Mama Faiz ( Kak Sherry) .
Jujur saya cakap, susu saya jarang merudum sebelum saya mengambil set Shaklee ini. Tapi, dari segi pemakanan pula saya tidak dapat jamin yang saya mengambil cukup nutrien. Jadi bila membaca tentang kebaikan set penyusuan Shaklee ini. Saya mahukan yang terbaik untuk Khalis.
Terutama apabila saya terbaca tentang testimonial di blog Kak Sherry tentang seorang ibu (ummi) yang menceritakan tentang kepenting vitamin/makanan tambahan untuk perjalan penyusuan susu ibu. Testimonial ini, luahan hati daripada beliau. Saya dapat rasa perasaan dia apabila membacanya. Ibu mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk cahaya mata mereka kan. Dan saya tidak terkecuali, kerana itulah saya memilih untuk berhenti kerja selepas bersalinkan Khalis kerana mahu menyusukan Khalis secara eksklusif dan selepas 6 bulan saya mempunyai matlamat untuk menyusukan Khalis sehingga umur dia 2 tahun. Alhamdulillah... Syukur...syukur... tiada apa yang saya dapat ucapkan. Genap umur Khalis 2 tahun, saya cium dia... peluk dia... Cakap pada dia.. saya gembira dapat susukan dia sehingga 2 tahun. Mengalir air mata gembira saya. :)
Disini saya kongsikan testimonial yang betul-betul meyakinkan saya untuk mengambil vitamin shaklee.
Testimonial
"..........actually td ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang turut breastfeeding anak (tapi wktu keje ada top up sikit dengan formula milk)...ummi sempat ceritakan bahawa ummi mengambil beberapa supplement bagi MEMASTIKAN susu ummi kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan...dengan erti kata lain ummi cuba memastikan susu ummi benar2 berkualiti buat anak kesayangan ummi..Sumber : mamafaiz.com
.sahabat ummi bertanya kepada ummi..."untuk apa perlunya supplement kerana susu ibu itu sendiri adalah yang terbaik dan telah lengkap dengan segala zat dan mineral yang di perlukan"..tersenyum ummi mendengar soalan tersebut...ummi memang tidak menyangkal kenyataan tersebut malah mengakui kebenarannya...malahan...sahabat ummi turut menekankan bahawa "Bukankah apa yang tuhan ciptakan adalah suatu yang terbaik, mengapa pulak kita nak kena memandai2 alter benda yang asli???"...
Dengan nada yang sangat lembut ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini......"Mengapa agaknya kebanyakkan wanita ke pejabat atau keluar dari rumah mesti sekurang2nya memakai bedak di muka???Atau mungkin mencalitkan sedikit lipstik di bibir???" Bukankah Allah telah menciptakan ianya begitu sempurna dan mengapa kita perlu menokok tambahnya pula...terdiam sejenak sahabat ummi ini...dan lantas berkata.."Hmmm..tu la susahnya bercakap dengan orang yg biasa berhujah dlm court ni..nak menang je..."...Tergelak terus ummi mendengarnya sambil mohon maaf jika sahabat ummi tersinggung dan minta dia sama2 berfikir tentang kebenarannya...
Secara jujurnya, ummi rasakan jawapan yang paling tepat bg soalan di atas ialah SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGINKAN KESEMPURNAAN DALAM SATU2 HAL..walaupun pada dasarnya kita tidak berniat atau cuba mengubah kejadian tuhan, tetapi kita cuma ingin melengkapkannya lagi dengan 'aksesori' supaya ianya lebih menawan dan sempurna...
So, begitu jugalah dengan susu ibu..pada ummi apa yg paling ummi titik beratkan untuk memastikan susu yang ummi hasilkan itu, benar2 berkualiti untuk anak ummi...Bukanlah ummi mengatakan bahawa susu ibu yang terhasil itu kurang zat (malahan ianya beribu2 kali lebih baik dr susu formula dan ini di akui sendiri oleh pakar2 berkaitan)...tetapi dalam keadaan :-
1) Ummi tidak mampu makan semua makanan seimbang yang di syorkan oleh pakar pemakanan (Cth setiap hidangan perlu ada sayuran hijau, daging, ikan, telur dan lain2)...
2) Ummi tidak pasti samada masakan yang ummi beli di kedai2 semasa bekerja ada atau tidak di letakkan penambah perisa yang kebiasaannya akan sedikit sebanyak merosakkan zat2 makanan itu sendiri...
3) Kebiasaannya, zat makanan yang terdapat pada makanan telah hilang atau musnah sebahagian besar akibat cara masakan di kedai2 makan (Contoh : Sayur hijau jika di rebus terlalu lama, maka zat yang terdapat pada sayuran akan musnah)...
4) Ummi tidak mampu makan buah2an pada kadar yang banyak dalam satu hari bag mengimbangi keperluan badan seharian...
5) Ummi kerap terskip waktu makan dan menggabungkan sarapan pagi dan tengahari dalam satu masa yang jelas2 tidak memenuhi pemakanan seimbang yang di syorkan...
Lalu, dalam keadaan di atas, apa agaknya zat dan nutrisi yang tinggal dalam susu ummi???
Jika kita perhatikan :-
1) Dari dalam pantang lagi, ibu mertua ummi sering berpesan jangan sesekali makan makanan yang berangin kerana anak akan kembung sebab menyusu badan...
2) Kenyataan dan fakta yang sering mengatakan bahawa apa yg kita makan akan di salurkan melalui air susu terus kepada anak...
3) Mengapa doktor menyarankan kita menjaga pemakanan seharian kerana kita masih menyusukan anak..
4) Tak boleh makan sebarangan sbb akan meninggalkan kesan kepada anak yg menyusu dgn kita..
Jadi, secara jelasnya, susuibu itu adalah secara langsung datang dari apa yang si ibu itu makan dan ambil dalam diet pemakanan sehariannya...so, memang sgtlah penting kita memastikan susu kita kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan untuk di salurkan pada si kecil kita...
Dan pernahkah kita terfikir mengapa agaknya semasa hamil kita di bekalkan dengan vitamin2 untuk di consume sepanjang tempoh kehamilan???Sudah pastinya untuk memastikan si kecil itu sihat dalam kandungan kita...
Dan adakah selepas di lahirkan kita terus mengabaikan pengambilan vitamin dengan alasan klinik tidak membekalkan pada kita???Kalau menurut ummi, semasa tempoh breastfeeding inilah yang sepatutnya kita mengambil supplement bg menjamin khasiat yang kita makan di salurkan melalui susu badan kita...kerana ummi ibaratkan anak kecil di bawah 2 tahun "sangat fregile"...dengan sistem ketahanan badan yg sgt rapuh sedangkan mereka tidak mampu menelan sendiri vitamin2 tersebut untuk kebaikan mereka..
.di sinilah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anaknya...dan ummi memilih mengamalkan supplement2 ini bukan sahaja untuk memastikan kuantiti susu ummi cukup buat anak ummi, tapi yang LEBIH PENTINGNYA SUSU UMMI BERKUALITI BUAT BEKALAN ANAK UMMI...
So, pilihan di tangan kita...kita yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat anak2 kita...jika kita sentiasa memilih baju yang bagus2 untuk anak kita, membelikan permainan yg mahal2 demi melihat keseronokan dan tumbesaran anak kita berlaku dengan baik, sanggup juga membeli perhiasan seperti gelang emas dan sebagainya untuk mencantikkan anak kita, adakalanya kita sering terlupa untuk mengeluarkan sedikit wang untuk MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK KITA TERJAMIN...dan, bagi diri ummi, apa yang paling penting dan membahagiakan ummi adalah apabila melihat anak2 ummi membesar dan sihat seiring dengan keperluan badannya sehari2...
Kerana itu, ummi memilih, mengamalkan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK + OSTEMATRIX bagi memastikan anak ummi, Qistyna yang masih menyusu sepenuhnya dengan ummi mendapatkan segala khasiat yang di perlukan olehnya...
Dan ummi memilih meal shake buat anak sulung ummi, Syasya (Syasya tak berapa lalu nak makan ESP)..juga untuk memastikan zat dan nutrien yg di perlukan olehnya lengkap...(Akan datang ummi nak cuba bagi Omega pulak kat syasya)...
Dan mengapa ummi memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli perkara2 di atas?????KERANA SESUNGGUHNYA UMMI SANGAT2 SAYANGKAN MEREKA DAN KESIHATAN MEREKA ADALAH SANGAT PENTING BUAT UMMI...
Set Penyusuan Shaklee
Saya sediakan info tentang set penyusuan untuk ibu-ibu menyusu yang berminat untuk meningkatkan kualiti susu untuk anak yang disayangi. Ia boleh didapati mengikut budget anda. Tapi apapun, bagi saya Set penyusuan susu ibu ini ibarat Alah Membeli Menang Memakai. Anak adalah pelaburan kita di dunia dan di akhirat. Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk merekakan.
Sebelum itu, 2 kunci utama yang anda perlu ingat ialah :
(1) Supplements BUKAN ubat. Supplements BUKAN milk booster.
Supplements ialah pemakanan tambahan, yakni makanan kepada sel badan.
(2) Konsep "demand vs supply" dalam menjayakan penyusuan. Semakin kerap anda kosongkan payudara, samaada melalui penyususan terus kepada bayi atau perahan (pumping), semakin banyaklah susu anda. Supplements hanyalah "pembantu" kepada proses "demand vs supply" ini.
1. Set B (Asas)

- Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
- Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan.
- Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu.
- Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
- Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
- Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
- Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Set E

- Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
- Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
- Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
- Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
3. Set 3M

- Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
- Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
- Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
- Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
- Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
- Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
4. Set Puasa

- Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa , ESP dan Performance Drink.
- Sangat dicadangkan untuk ibu yang hendak berpuasa pada bulan Ramadhan dan sesuai juga untuk ibu yang hendak menggantikan puasa tetapi risau susu akan merudum.
- Dengan set ini ibu tidak akan mengalami masalah keletihan ataupun dehidrasi jika berpuasa dan pada masa yang sama menyusukan anak ataupun memerah/mengepam untuk penyimpanan stok susu. Insyaallah.
5. Set Lengkap

- Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa, ESP, Performance Drink, Omega Guard dan Nutriferon.
- Ini adalah set penyusuan yang lengkap untuk mengelakan susu merudum, keletihan apabila berpuasa, meningkatkan kualiti susu terutama dengan penambahan omega dapat meningkatkan DHA dalam susu. Manakala ia juga untuk meningkatkan imunisasi ibu dan anak.
Fungsi Setiap Vitamin Yang Ada Didalam Set Penyusuan
Vita-Lea Iron Fortified (Multivitamin)
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.
B-Complex
Penting bagi urat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?Vita-C
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.Alfalfa
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alafalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).Energizing Soy Protein (ESP)
Seperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP.Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.
Performance Drink
Memberi & kekalkan tenaga, mengelakkan ibu dehidrasi, dan sangat membantu ibu berpuasa sambil menyusu. Jika ada sesiapa di antara ahli keluarga anda yang demam, berikan segelas Performance Drink kepadanya. Insya Allah, badan tidak akan dehidrasi, dan rasa lebih bertenaga walaupun demam.Oste-Matrix
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Ostematrix seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.
NutriFeron
Lain-lain yang turut membantu menjayakan penyususan ialah NutriFeron (Shaklee powerful Immune Booster). Ianya bukanlah membantu memperbanyakkan susu, sebaliknya membantu untuk boost semula sistem imun ibu dan bayi. Jika anda menyusu, namun masih mendapati anak anda kerap demam dan berpanjangan, cubalah Shaklee NutriFeron ini.OmegaGuard
Ia membantu meningkatkan kandungan DHA di dalam kandungan susu ibu, selain dari membantu kawal paras kolesterol dalam badan si ibu."Pengambilan makanan tambahan juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih." ~ibu addin nasa
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.
Buat renungan bersama...
” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”.
Credit : whiteymommy,anakuwiraku dan mamafaiz
No comments:
Post a Comment