Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur setahun dan keatas yang mempunyai masalah dalam selera makan, memilih untuk makan, sembelit, asma, eczema dan kerap demam dan selsema. Saya nak share 2 vitamin yang istimewa sebagai makanan tambahan untuk anak anda ( sebagai makanan tambahan, bukan pengganti kepada makanan utama).

Berikut adalah petikan yang saya ambil dari blog Kak Cery tentang pelaburan yang terbaik untuk anak anda :
Seawal usia berapa tahun perlu diberikan vitamin kepada anak-anak? Hmm.... Rasanya semua tahu pemakanan yg berzat dan berkualiti amat penting untuk kanak-kanak supaya otak dapat berkembang. Untuk menjawab soalan tadi, ianya subjektif kerana setiap ibu tahu ape yg terbaik untuk anak masing-masing. Karang kalau saya kata seawal usia 1thn or 2thn or 4thn..byk pulak hujah2 kena jawab karang... jadi sila nilaikan sendiri gaya hidup pemakanan anak-anak anda.. Cuma utk anak saya, Faiz dah stop breastfeed sejak umur 2 tahun, jadi start dari umur tu saya dah selitkan sikit-sikit makanan tambahan untuk beliau. Dalam hidup serba moden ni, tak boleh nak lari daripada makanan-makanan terproses or pelbagai jenis makanan lagi, (melainkan saya memang duduk dikelilingi ladang sayur buah ,ayam itik dimana sah-sah la tak dpt kan..).... Lagi-lagi si Faiz anak saya tak makan sayur dan buah.. (aisehh,bukan salah ibu mengandung okay.. ahha) .. Sebab tu, saya berikan beliau makanan tambahan seawal usia menghampiri 2 tahun sehingga lah ke hari ini dah nak masuk 6thn umurnya.. Saya hanya berikan Omega (kapsul minyak ikan), MealShake .. dan apabila dia berusia 4thn++, saya konsisten berikan tambahan vita C chewable.. Dan ingat ya vitamin untuk anak ni hanyalah sebagai makanan tambahan, bukan makanan utama. Ia berfungsi menampung mana yg kurang, melengkapkan mana-mana nutrisi yg tak lengkap... Dan alhamdulillah..saya berpuas hati dengan perkembangannya... Hasilnya bukan dalam sekelip mata.. Seperti bayi, bukan membesar sekelip mata.. Begitu juga kesan makanan tambahan kanak2...
Meal Shakes
Meal Shakes terutamanya amat sesuai bagi anak yang:
- tiada/ kurang selera makan.
- memilih makan - tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.
- selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.
- mempunyai athma & bronchitis.
- mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).
Pendek kata, sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk! Mudah dibancuh, baunya sangat wangi (Vanilla French), dan rasanya sangat lazat!
OmegaGuard
OmegaGuard ialah sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA.
- menggalakkan fungsi otak.
- untuk kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.
- mengurangkan keradangan.
- menambahkan kolesterol baik di dalam badan (HDL).
Chewable Vita-C @ 100mg
- Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
- Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
- Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
- Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan
Bagi bayi yang masih berusia DI BAWAH 1 TAHUN, maaf, tiada suplemen sesuai yang boleh kami cadangkan. SUSU IBU lah yang terbaik, dan ditambah dengan makanan pejal berkhasiat bagi memberikan segala zat dan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda!
Walaubagaimanapun, istimewa bagi ibu yang menyusu, ibu boleh consume vitamin yang kami cadangkan ini, dan segala khasiatnya dapat disalurkan kepada anak melalui air susu ibu. Insya Allah.
Rujukan : www.gnkimomma
Testimonial Daripada Puan Rafaliah
Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil Mealshake. Tak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya..
Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cuba macam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!
Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cuba produk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake, bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu .. AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti..
Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makan kan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later.
Rujukan:umirfan.com
Memetik kata daripada blog kak Dilla Jalil , Jika kita mampu untuk membeli permainan untuk anak-anak kita. Kenapa tidak keluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan anak kita kan? Anak sihat, jarang jatuh sakit adalah satu kegembiraan di hati setiap ibu.
No comments:
Post a Comment