" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ." "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia." Aminnn Ya Rabb..

Home Dashbord Kenapa Pilih Shaklee??? Vitamin Shaklee Set Shaklee Harga T &C : Pembelian Produk Become Member Contact Us


Wednesday, 13 June 2012

Set Berpantang



Salah satu dari persiapan untuk menyambut kelahiran bayi, terutama bayi sulung (kerana si ibu masih kurang pengalaman) ialah mencari jamu sebagai rawatan untuk si ibu di dalam pantang. Seolah-olah tak sempurna berpantang tanpa pengambilan jamu!


Namun, benarkah jamu ialah komponen wajib di dalam pantang? 




Jujur saya mengaku. Sepanjang saya dalam pantang, saya tidak makan sebarang jamu. Percaya atau tidak? Ini kerana Khalis jaundis . Jadi saya tak dapat nak makan jamu. Sebab jamukan panas. Bila makan kuning Khalis menjadi-jadi. Jadi saya stop. Memang luka semua sembuh. Tapi badan saya masih sakit-sakit walaupun sudah 44 hari habis pantang. Semasa itu saya tidak terdedah lagi dengan set berpantang Shaklee. Sayang sungguh kan? Andai saya tahu ada vitamin yang boleh dimakan semasa dalam pantang. Sudah tentu saya akan sediakan untuk proses berpantang saya. Tidak lah saya menganggap hari-hari berpantang saya adalah suatu penyeksaan. Disebabkan tidak dapat makan apa-apa jamu. Sesetengah sakit itu saya perlu bertahan, seperti rengat dan sakit di ari-ari. Syukur alhamdulillah Allah berikan kekuatan untuk saya menghadapi hari-hari pantang dengan tabah. Saya takut untuk hadapi pantang untuk kali ke-2. Memang fobia. Sebab itulah buat masa sekarang hanya Khalis. Kalau mana-mana rakan yang bertanya. Saya akan cakap. Pregnant adalah saat yang paling indah dalam hidup saya, bersalin juga saat paling menggembirakan saya. Terutama bila lihat wajah Khalis. Khalis yang menangis terus diam bila berada di dada saya. Tapi bila sebut tentang pantang. Takut. Inilah pengalaman saya. Disebabkan risaukan Khalis saya tidak mengambil jamu pada waktu itu. Itulah orang kata pengorbanan ibu kan? Tapi hakikatnya kesihatan ibu dan anak perlu dijaga dari awal lagi. Kerana jika ibu tidak sihat, macam mana mahu jaga anak kan?


Bagi bakal-bakal ibu yang masih mencari-cari makanan tambahan untuk tempoh berpantang, Shaklee ada set yang sesuai untuk merawat anda selepas bersalin. Rancang persediaan berpantang anda dari awal.


Set Berpantang 1

Set ini adalah set asas untuk berpantang yang mengandungi vitamin-vitamin berikut:

B Complex

penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon.

Vitamin C

penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Vita-Lea Iron Formula

Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

Zinc

membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.


Set Berpantang 2

Set bersalin ini mengandungi semua yang ada didalam Set bersalin 1. Cuma pertambahan Alfalfa ini bagi ibu-ibu yang ingin memperbanyakkan air susu badan semasa dalam pantang.


Vitamin Tambahan

Jika anda mempunyai budget yang lebih dan ingin mendapatkan rawatan yang optimum semasa dalam pantang boleh lah menambah vitamin-vitamin diatas.

Energizing Soy Protein dan OsteMatrix

Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

Lecithin

Sesuai bagi ibu yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil kerana ianya tidak mengganggu penyusuan bayi, serta melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.


Testimonial dari Genki Momma : Jamu Vs Supplements

First Baby.
Saya seorang yang agak skeptikal dengan produk kesihatan, makanan tambahan, apatah lagi rangkaian jamu yang banyak berlambak di pasaran. Lebih menakutkan apabila mendengar berita bahawa produk kesihatan yang glamour di Malaysia, yang dah ramai orang guna, tiba-tiba ditarik balik dan diisytiharkan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Makanya, semasa melahirkan anak pertama, saya langsung tidak ambil pusing untuk membeli jamu atau set bersalin, risau akan merosakkan badan.
Apabila baby lahir, saya hanya berurut selama 3 hari, mandi air daun-daunan selama sebulan, minum air rebusan akar kayu selama beberapa hari dan makan ubat yang dibekalkan oleh hospital. Saya cuba untuk minum pati ikan haruan, tapi nak telan satu sudu pun susah. Saya kurang suka makan ikan. Saya juga tidak disiplin berbengkung kerana menggunakan bengkung tradisional (jenis panjang berjela, dan perlu pusingkan badan berulang kali unuk memakainya). Jika tiada sesiapa yang tolong, memang tak boleh nak pakai dengan kemas. Maka, agak malas di situ.
Secara umumnya saya rasa sihat walaupun mengalami bentan sebanyak 2 kali. Owh, anda tahu tak apa itu "bentan"? Apapun, mungkin kerana masih muda, baru 25 tahun, kesan kerana tak berdisiplin sewaktu berpantang tue kurang dirasai. Perasan 'tough' gitu!


Second baby.
Pengalaman berpantang first baby yang kurang memuaskan hati menyebabkan saya membuat persediaan yang bersungguh-sungguh kali ini. Sewaktu baby masih dalam kandungan saya telah membeli bengkung jenis tali kasut (boleh pakai sendiri, tak perlu bantuan orang). Kerana berasakan bahawa jamu satu elemen yang wajib, maka kali ini saya berhabis rm300 untuk set bersalin Nyonya Ramping (bukan nama sebenar) sebab ramai yang memberi review bagus terhadap produk ini.
Apabila baby lahir, saya gunakan minyak tersebut untuk sapu tempat-tempat yang sepatutnya. Alhamdulillah, memang segar. Selepas selesai berurut selama 3 hari, saya bersedia untuk mulakan pengambilan jamu (set bersalin tersebut). Namun, baby saya mendapat jaundice yang berterusan sehingga umurnya 2 bulan 1 minggu. Breastfeeding jaundice! Jadi saya tangguhkan dulu hasrat untuk minum teh herba & pil jamu tue. Saya sekadar gunakan uncang untuk mandi rempah, mandi lulur serta minyak panasnya yang memang best. Semuanya untuk kegunaan luaran sahaja.
Pernah ketika umur baby 30 hari, saya cuba makan sebiji pil jamu tersebut. Kesannya, saya sakit perut memulas-mulas sepanjang hari & tiba-tiba pada malam tersebut baby meragam dan tidak mahu tidur malam! Baby menangis sepanjang malam dan hanya mahu tidur di atas riba sahaja. Keesokannya apabila kami ke hospital untuk check up baby sebulan, saya kelihatan sangat lesu dan tekanan darah menurun. Terus saya stop kan pengambilan pil tersebut. Saya cuba ambil lagi sekali tatkala baby berumur 4 bulan, kesannya sama juga. Saya tetap sakit perut melampau & baby yang masih eksklusif susu ibu ketika itu tiba-tiba menangis tidak mahu tidur malam. Maka, yakinlah saya bahawa kami berdua alah dengan jamu. Sebotol pil jamu terbuang begitu sahaja, sebab expired tanpa di jamah.
Walaubagaimanapun, selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat!


Rahsianya, saya mengambil supplements, breastfeed baby on demand & memakai bengkung selama 24 jam sehari! Bengkung hanya buka untuk mandi atau ke tandas sahaja. Sebelum pakai semula tue sapu minyak, kapur & limau, atau apa juga yang membantu pengempisan perut. Pemakaian bengkung menjadi seronok kerana saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, saya dah boleh buat kerja rumah & berpantang sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby, dan yang paling penting, berat turun sebanyak 10kg dalam masa 30 hari! Kali kedua nie juga tidak mengalami bentan. Alhamdulillah.Owh, apakah pula persamaan berpantang kali pertama & kali kedua? Ya, untuk kedua-dua baby pun, saya tak ambil jamu. Walaupun ada percubaan sekali dua makan jamu, tapi sebab baby 'reject', bolehlah disimpulkan seolah-olah tak ambil jamu langsung.


Third Baby.
Insya Allah, jika diberi peluang untuk melahirkan baby lagi, saya dah tahu dan yakin apa yang diperlukan sewaktu berpantang. Berurut, memakai bengkung dan mandi air daun-daunan adalah perkara yang wajib bagi saya. Namun, untuk kesihatan dalaman, saya akan memilih supplements.


Anda bebas untuk memilih apa jua makanan & rawatan yang sesuai sewaktu berpantang nanti. Sama ada anda pilih jamu atau supplements, pastikan anda tahu dengan yakin apakah khasiat yang bakal anda & baby perolehi selepas pengambilan jamu atau supplements tersebut?

Credit whiteymommy

No comments:

Post a Comment