" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ." "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia." Aminnn Ya Rabb..

Home Dashbord Kenapa Pilih Shaklee??? Vitamin Shaklee Set Shaklee Harga T &C : Pembelian Produk Become Member Contact Us


Wednesday, 13 June 2012

Set Kehamilan




Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh bayi yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya. Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih. Oleh itu, pertumbuhan bayi yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna. Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi.
Antara makanan yang bagus untuk ibu yang hamil adalah :
  • Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
  • Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
  • Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
  • Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
  • Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
  • Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman
Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita. TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu? Adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur nak makan juga makanan lain. Terutamanya kalau tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar.  Ha, di sini lah perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita. menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita. Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung. Mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan, Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah : 
Set Kehamilan Optimum

OsteMatrix(Calcium Magnesium) - 4 Biji Sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Energizing Soy Protein - Minum Sehari Sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) - 1 Biji Sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 Biji Sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 Biji Sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 Biji Sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin Mengikut Usia Kehamilan

Testimonial Daripada Ibu Yang Hamil Anak Ke-4

Testimonial ini saya petik daripada blog Kak Cery:
.ok la back to our citer, actually saya baru masuk bulan ke 3 gunakan produk shaklee ni....skang kan tgh pregnant so dalam bulan ke 5 saya mengandung baru consume vitamin ni.. Sebelum tu mmg makan ubat yg doktor spital bagi tu ajek, tp mcm tak bape jalan sebab ni pun saya dah masuk anak ke 4...yang 3 atas semua dah sekolah, so penat tu mmg lebih sket laa. ok la, tak mau celoteh panjang cuma nak share antara apa perubahan yang saya lalui lepas consume vitamin shaklee ni.

Masa saya pregnant ni, mmg allergic habis, kat badan naik ruam, gatal2 kat leher, teruk jugak especially kalo berpeluh mmg menggaru jek laa...merah2 abih, sapu ubat pun tak jalan even makan vitamin C yg spital provide pun tak jalan, tp lepas makan shaklee ni sikit2 ilang now dah takde langsung, even kalo peluh2 pun mmg takde gatal, satu lagi saya ni ada resdung, kalau dulu kat belakang badan mmg ada gatal2 tp Alhamdulillah skang syukur sangat..gatal2 dah takde even parut pun makin lama makin pudar....part yang saya suka nak share ialah bila saya dapat rasakan perubahan pada kulit ni sendiri..kalo dulu kulit saya kering, especially kat muka ni..selalu mengelupas pastu bila pegang mmg rasa kasar, now dah tak lagi, pegang rasa moist jek then parut jerawat pun slowly ilang...jerawat pun Alhamdulillah dah jarang nak tumbuh....satu lagi, senang betul nak buang air besar, kalo dulu biasa 3 ari sekali, now tiap2 pagi toilet dah melambai2..heheheh

Masa pregnant ni hb saya selalu rendah, bila check up kat klinik nurse kat situ siap sound kalo darah ni rendah lagi kene gi jumpa doc kerap...bising gak dia...padahal saya dah banyak makan sayur hijau, siap survey lagi makanan apa leh tambahkan darah, tanya org kat FB tu lagi...lepas makan2 pun sama gak camtu...frust betul, bukan apa takut effect kat baby and diri sndri gak kan, tp Alhamdulillah lepas makan benda ni dalam 2 bulan pegi check up , nurse kata dah ok sangat,.....syukurnya.....thanks to shaklee
Makan vitamin ni jugak buat saya lebih bertenaga...maklumla yg ni ngandung anak ke 4..yang sebelum ni seme dah besar2..so agak penat uruskan kerja2 umah ditambah kerja lagi, jadi adanya B-complex ni rasa badan tu sedap sket laaa...dah boleh ke sana ke sini dgn aktifnya.....kdg2 bila duduk jek tak buat kerja rasa tak sedap ati plak...ter'aktif' dgn sendirinya...huhuhuh

Ostematrix ni plak mmg makan setiap malam kan, yg saya paling suka and terpukau bila SENANG BANGUN PAGI...seriously...saya ni jenis kalau penat selalu susah bangun pagi atau tido lewat, tp bila makan ostematrix ni dalam kol 5.30 pagi mesti dah bangun, pastu mata terkebil2 dah tak leh tido, apa lagi terus bangun and prepare utk sarapan, kemas umah...ni pulak anak2 dah sekolah mmg cantek sangat la tuh....suka sangat tau..kalo dulu selalu kene perli ngan suami asik bangun lambat jek, skang dia dah ok....hehehehe...satu lagi kan, saya ni jenis selalu tulang kat kaki ada bunyi kalo bangun dari duduk atau gerakkan kaki tu tp Alhamdulillah sejak makan oste nih, dah takde bunyi2 tu lagi, agak terkejut gak laaa....bunyi tu plak tak agak2..kuat gak, malu kadang bila org dengar..skang Alhamdulillah, syukur sangat...
ESP baru beli so belum nampak lagi perubahannya tapi rasanya mmg sedap laaa..ditambah ngan milo suam..huhuhuh.....nanti bila dah ada apa2 perubahan saya bagitau ek. Ok la, apapun so far shaklee terbaeekkk laaa....thx pada Hana and kak Cery especially website akak tuh...info kat sana mmg banyak betul, tak terabih lagi saya baca....huhuhu....thx again.....

Jadi, pilihan di tangan anda untuk memilih jenis vitamin yang bagaimana, kerana pastinya setiap sumber vitamin ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Namun, jika anda juga ingin cuba mengamalkan vitamin semulajadi pilihan saya, boleh hubungi saya untuk cadangan & jadual pengambilan vitamin yang sesuai.

Walaubagaimanapun, suka saya ingatkan bahawa kondisi kesihatan kita tidak sama, terutama tatkala sedang berbadan dua ini. Maka, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius tatkala hamil, seperti Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ataupun Darah Tinggi, segeralah merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu.

Credit mamafaiz.com/genkimomma.net/Whiteymommy

No comments:

Post a Comment