Sebelum memulakan makan pejal kepada si manja anda, mari lihat 10 perkara yang perlu diambil kira:
1. 6 - 9 bulan : berikan makanan pejal antara 2 hingga 3 kali sehari.
2. Jangan mendesak. Beri masa untuk si manja belajar makan makanan pejal.
3. Bayi 6 bulan : makanan pejal yang sesuai adalah puri. Lebih baik jika dicampur dengan sedikit susu ibu.
4. Buah & sayur yang sesuai dijadikan puri : epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, brokoli.
5. Elakkan memberi makanan yang boleh menyebabkan alergi diperingkat awal seperti keju, kekacang, seafood & telur.
6. Buah pinggang si manja berusia kurang dari 1 tahun belum mampu memproses garam & gula, jadi elakkan menambah gula & garam didalam makanan si manja.
7. Sekitar umur 8 bulan, boleh mulakan finger food.
8. Jangn memarahi si manja jika tidak mahu makan. Bersabar & Cuba berikan makanan lain. Yang penting, jangan cepat berputus asa.
9. Untuk mengetahui samada si manja anda sesuai dengan makanan tersebut atau alahan terhadap makanan tersebut, berikan makanan yang sama kepada si manja selama empat hingga tujuh hari berturut-turut.
10. Berikan banyak air dan makanan kegemaran si manja anda jika si manja anda demam atau sakit.
No comments:
Post a Comment